Thursday, October 23, 2008

Shifoo latest event links....




http://sesiptg-smksk.blogspot.com/

Wednesday, October 8, 2008

blogs oh bloggers.... sana sini blogs






Are you serious in blogging or just For Fun.... Lu Pikir La Sendiri...


Kebanyakkan pelawat blog ini masing-masing mempunyai blog sendiri, terima kasih kerana berblogging. Pertanyaan penulis, ’sejauh manakah anda serius berblogging?’. Jika jawapan anda sekadar suka-suka ataupun sekadar melepaskan tekanan, elakkan baca selanjutnya berkaitan entri ini. Tetapi jika anda masih mahu memperkasakan blog anda, bacalah dan update blog anda selepas ini ya. Memandangkan blog merupakan satu medium untuk tatapan sedunia membacanya, amatlah wajar untuk kita menilai tahap kita berblogging. Nanti tak ada la syok sendiri berblogging.

1. Templat Templat amat memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pembaca untuk terus berada dalam blog anda. Jika anda sudah lama berblogging dan sudah selesa dengan kedudukan anda, sila cari mana-mana templat yang menepati kesesuaian dengan konsep blog anda. Sila pilih templat 1 atau 2 kolum sahaja. Blog yang unik adalah blog yang menarik.

2. Widget Widget yang banyak hanya membuatkan blog anda berat. Asingkan mana yang perlu dan tidak perlu, pelawat hanya suka blog yang sederhana. Bagi penulis, widget recent comment, related post, archieves dan about me adalah wajib. Lain-lain terpulang asalkan tidak lebih dari lima.

3. Header Banner Wajib ada. Banyak perisian yang boleh membantu anda mencipta Banner contohnya Adobe Photoshop. Jika anda tak pandai buat, rujuk photoshoptutorial.com dan bukannya blogmenjerit.com ya!

4. Tatabahasa dan kesalahan ejaan Walaupun selemah mana pun keputusan SPM anda, sila baiki cara penulisan anda. Elakkan kesalahan ejaan walaupun anda menggunakan bahasa pasar/rojak. Bahasa pasar masih boleh diterima ramai oleh pembaca tapi kesalahan ejaan hanya membuatkan anda seorang yang lemah. Sila lawati blog-blog yang matang dan lihat cara penulisannya, jadikan ianya sebagai inspirasi.

5. Kandungan penulisan Bukan mudah untuk menulis sesuatu tanpa sesuatu rujukan bukan? Anda perlu pastikan apa yang anda ingin tulis dan apa yang anda harus tahu mestilah merujuk Google. Elakkan merujuk kawan-kawan blogger yang lain sebagai rujukan anda, kebarangkalian anda untuk mencopypastenya terlalu tinggi. Pastikan kandungan anda segar dan telah diolah mengikut gaya anda tersendiri. Jika terdesak, nyatakan dari mana sumber anda mencopypastenya jika anda kekeringan sumber.

Selain itu gunakan perkataan yang mempunyai nilai yang tinggi semasa menulis dalam tempoh masa tertentu. Contohnya pada minggu lepas perkataan Anwar Ibrahim, UMNO, liwat, permatang pauh dan Blog Menjerit hangat diperkatakan sekitar Malaysia. Eh! Blog Menjerit tak masuk carta. Selain itu, perkataan berbaur seks juga blog dijadikan modal untuk menulis, tetapi sebaiknya dielakkanlah.

Selepas sesuatu entri siap, sila sertakan sekeping gambar berukuran lebar posting anda sebelum ia dipublishkan. Jika sesuatu entri anda tidak terlalu kuat, imej yang bersesuaian dengan entri anda boleh meransang pengunjung untuk membaca. Itulah teknik yang digunakan penulis, harap ianya berhasil.

6. Jadual Jangan paksa diri sendiri, cukuplah 3 entri seminggu. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Kalau 1 entri setahun lebih baik lupakanlah niat tu.

7. Lain-lain Pastikan anda mendaftar di Technorati, Negaraku!, Twitter, Mybloglog dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya anda taklah kolot sangat.

Jika anda boleh serius berblogging, bacalah tips di atas.

10 sebab kenapa org tak masuk blog kite...


1. Blog yang banyak iklan. Ada blog yang banyak meletakkan iklan. Namun, penyusunannya menarik. Tapi apa pula akan jadi jika iklan yang terlalu banyak. Jangan sampai pengunjung mengecap anda sebagai hantu iklan atau sebagainya. Untuk dapatkan pulangan dari Google Adsense, Widgetbuck atau Nuffnang bukan boleh dibuat dalam masa sebulan.

2. Blog yang menipu. Ya, ada blog yang menipu pembacanya. Saya lihat, gaya ini bertambah dari hari ke hari. Apa yang ditipu? Pertamanya isi kandunganya. Tajuknya lain, ceritanya lain. Yang kedua, blog yang mengaktifkan terus melanggan blog dengan email. Saya selalu tertipu dengan blog-blog sebegini. Yang ketiganya, mengubah bebutang komentar ke tempat lain, dan digantikan dengan iklan. Saya paling benci dengan blog begini.

3. Blog yang auto-play siaran radio, lagu atau video. Ya, itu hak anda untuk meletakkan sebarang siaran radio, lagu atau video klip. Ia menyesakkan kepala saya bilamana, saya ingin membaca postingan anda. Bayangkan tiga blog dibuka serentak, dan ketiga-tiganya autoplay lagu. Ditambah pula pengunjung anda memasang perisian Internet Download Manager, bertambah harubiru jawabnya.

4. Blog pemalas. Jenis pemilik blog yang suka copy-and-paste dari karya orang lain. Tak salah nak ambil. Saya pun sama. tetapi pilihlah yang terbaik, letakkan sumber karya tersebut. Jika ada nama penulisnya, letakkan sekali namanya. Ini adalah satu sebab kenapa ada pemilk blog yang tidak aktifkan fungsi right-click. Sebaiknya anda perlu konsisten dalam setiap postingan anda. Contohnya setiap seminggu anda kemaskini blog anda dan membuat postingan minimum 2 kali seminggu.

5. Blog yang tidak kena dengan citarasa semasa pengunjung. Kamu buat blog pasal kesihatan bayi. Ramai atau tidak orang yang akan datang ke blog, jika blognya lebih ke arah kepada kehidupan? Saya kerapkali menerima pelawaan untuk blog-blog sebegini, Saya tak minat, takkan saya nak lawat juga. Sebab itulah ramai pemilik blog lucah dan ala-ala lucah mempunyai pelawat beribu-ribu orang sehari.

6. Pemilik blog yang angkuh. Ada pemilik blog yang angkuh. Mungkin kamu tidak perasan. Ada pemilik blog yang datang sekali dua ke blog kita. Secara automatiknya, sebagai pemilik blog yang baik, kita akan melawat blog mereka pula. Kita cuba beri komen. 20 komen yang kita beri belum tentu 5 komen yang kita akan dapat. Takkan kita sentiasa kena menyembah pada blog mereka. Maaf, saya benci orang sebegini. Nampakkan komen saya di blog kamu?

7. Blog yang saiznya berat. Ini satu lagi masalah. Pemilik blog meletakkan Flash, Javaskrip dan gambar yang belum di resize. Kasihanlah mereka yang capaian internetnya perlahan. Takkan anda hendak membiarkan pembaca setia anda membaca postingan anda dengan mendisablekan javaskrip dan Flash serta kena unload imej yang dipaparkan.

8. Blog yang tidak mempedulikan pembacanya. Sekarang ini, sudah ada budaya terbaru. Mereka bukannya nak sangat komen kamu. Tapi, hanya mahukan trafik dari kedatangan kamu. Zalim sungguh. Hinanya kita dibuatnya.

9. Paparan blog sebesar monitor. Oh, inilah kesilapan pemilik blog yang paling silap dalam dunia ini. Kalau banyak artikel hendak dipaparkan, cuba paparkan apa yang penting sahaja. Dan 2 biji mata pelawat kita hanya tertumpu di tengah-tengah skrin komputer sahaja. Mereka tidak mampu untuk membacanya keseluruhannya kerana masa ‘curi tulang’ di pejabat mereka tidak boleh dimanfaatkan di blog anda sahaja. Sebaiknya gunakan 70 peratus ruang dalam skrin monitor, selebihnya biarkan dengan hiasan latarbelakang.

10. Template blog yang hambar. Pengunjung yang datang ke blog kita memang tujuan asalnya membaca artikel kita. Dengan template yang sesuai, mereka terus jatuh cinta dengan blog anda. Tapi jika blog kita hanya menggunakan template biasa dan tak pernah pula untuk mengubahnya, anda sama sahaja seperti melepaskan nafsu dengan blog. Sudah guna terus Sign Out, nampak bukan?

Jadi untuk menjadi pemilik blog yang disenangi orang, bacalah tips di atas.

cara menarik pembaca ke blog kita... lu pikir la sendiri


Tidak ada maknanya berblogging jika tiada pengunjung bukan? Penulis bersyukur walaupun blog ini baru berusia 5 bulan, blogmenjerit sudah mendapat Pagerank 3. Apa yang penulis ingin kongsikan adalah beberapa tip untuk mendapatkan perhatian pengunjung untuk terus membaca sesuatu blog.Kebanyakkan blogger di Malaysia tidak mempedulikan akan blog mereka dan terus menulis setiap entri tanpa mempedulikan pengunjung mereka. Ada juga yang ingin menarik pengunjungnya tersendiri, tetapi setiap pengunjungnya hanya datang dan pergi tanpa meninggalkan sedikit komen. Jika anda bukan Tun Dr. Mahathir, Afdlin Shauki ataupun Sufiah, memang sukar untuk anda dikenali dalam masa terdekat ini. Walaubagaimanapun tidak ada salah bukan jika anda ingin jadi terkenal bukan?

1. Penggunaan imej. Jangan takut untuk meletakkan imej disetiap postingan, mata pengunjung lebih tertumpu kepada imej sebelum teks. Sebaiknya imej yang ingin diletakkan haruslah di resize dulu kelebarannya agar tidak terlalu besar. Satu imej untuk setiap satu posingan sudah cukup. Terdapat banyak perisian percuma yang boleh didapati di internet yang sesuai digunakan contohnya Picasa ataupun Photoscape.
2. Blog unik. Elakkan menggunakan templat yang popular. Sehebat manapun templat itu bila sudah ramai yang menggunakannya pasti ianya memboringkan. Apa yang penulis syorkan, cuba ubah apa yang templat anda sudah ada contohnya warna, widget dan sebagainya. Jika blog anda unik, pastinya anda lain dari yang lain. Contohnya blog ini, asalnya ia adalah default template Tic Tac, selepas 2 hari ianya nampak lebih berbeza dari templat asalnya.

3. Link Tab. Link Tab memang penting, cuba letakkan alamat URL yang penting sahaja. Antara alamat URL yang kerap digunakan adalah Home, Donate, About Me dan Subcribe. Cuba jadi kreatif agar idea yang anda ingin sampaikan berbeza dengan blogger lain.

4. Format penulisan. Bagi Wordpress, dashboardnya mungkin banyak kelebihan dari Blogger bukan? Walaupun begitu, apa yang penting cuba optimumkan penggunaan dashboard. Tulisan yang bervariasi membuatkan mata lebih fokus. Jangan jadikan blog anda seperti suratkhabar, lagipun tidak ada orang yang ingin membelinya. Penggunaan bold, italic, hyperlink, quote dan sebagainya harus diambil perhatian.

5. Interaksi dua hala. Adakalanya postingan kita akan di komen jika ia betul-betul menarik. Jangan biarkan pengunjung anda ‘bercakap dengan dinding’, cuba balas apa yang mereka komen. Jika komen berbentuk pertanyaan, cuba jawab secepat mungkin. Jika komen berbentuk pujian, cuba jadi bersederhana. Jika komen berbentuk teguran, jangan jadi sombong untuk terus membuangnya.

6. Menulis Headline dan Katakunci. Katakunci adalah untuk mesin pencari (search engine), ianya bukan untuk pengunjung. Cuba belajar kombinasi untuk cari headline dan katakunci terbaik untuk menarik perhatian pengunjung dan mesin pencari. Pastikan ejaan yang ditaip mengikut tatabahasa yang betul kerana Google amat menitikberatkan penggunaan ejaan. Tak kisahlah walaupun anda menulis dalam bahasa melayu pun.

7. Ringkas dan padat. Cuba jangan menulis sesuatu artikel terlalu panjang, secepat mana yang anda ingin sampaikan itu adalah penting. Seribu perkataan pun belum tentu boleh membuatkan pengunjung blog anda faham tentang apa yang anda telah tulis. Sebaiknya pecahkan topik yang anda ingin sampaikan kepada beberapa postingan. Contohnya bila anda menulis tentang Technorati, tak perlu menulis seperti Wikipedia. Pecahkan kepada maksud, kegunaan, isu semasa dan pelbagai lagi mengikut idea anda.

8. Sederhana dan bersih. Anda perlu memastikan blog anda besederhana dan bersih. Buangkan widget yang terlalu banyak. Walaupun ianya widget berguna, terlalu banyak widget boleh membunuh minat pengunjung. Cuba bezakan mana widget yang penting dan yang tak penting, seterusnya optimakan penggunaannya.

9. Widget Tentang Saya. Wajibkan diri anda memasang widget Tentang Saya pada Sidebar masing-masing. Walaupun nampak remeh, bagi pengunjung ianya amat penting dan mereka perlu tahu tentang siapa tuan punya blog itu. Letakkan imej yang paling hensem atau cantik sahaja, gunakan Photoshop jika perlu menipu. Diskripsi pula harus pendek dan ringkas, tak perluayat memuji-muji diri sendiri. Cukuplah memberitahu nama, lokasi dan tujuan anda berblogging.

10. Masa adalah segalanya. Anda pernah kira berapa berat blog anda? Anda pernah kecilkan saiz CSS anda? Jika tidak sila lakukan sekarang. Sudah lama penulis berblogging, banyak sekali templat yang dikeluarkan setiap hari dan ada sahaja yang menarik hati. Tak kira secantik manapun templat, elakkan memilih templat yang mempunyai banyak imej. Semakin berat templat, semakin bosan pengunjung blog anda untuk menjelajah ke postingan seterusnya. Templat yang terlampau berat merugikan diri sendiri.

Jadi untuk meningkat jumlah pembaca, bacalah tips di atas.

blogger templates | Make Money Online